Mesyuarat EPG Hubungan Indonesia–Malaysia

Mesyuarat Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka Malaysia-Indonesia kali ke-2 (Eminent Persons Group) diadakan di Kuala Lumpur. Mesyuarat pertama diadakan pada Ogos 2008 di Jakarta. Pada 11 Januari 2008 di Putrajaya, EPG ditubuhkan secara rasmi oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bersama Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi terdiri daripada 7 oang dari Malaysia dan 7 orang dari Indonesia. EPG ditubuhkan sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.

Tujuannya untuk membincangkan aktiviti dua hala bagi menentukan hala tuju dan memperkukuh hubungan dua hala.[3] Antara tumpuan masalah yang dikemukakan oleh Dr Rais Yatim ialah kes lagu Rasa Sayang, kes Tarian Barongan atau kes Reog Ponorogo. Selain itu, tujuannya untuk merapatkan hubungan dan perspektif berkaitan sejarah, budaya, pertubuhan mahasiswa antara kedua-dua negara.

Mesyuarat pertama diadakan pada 29-30 Ogos 2008 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. [4]

Delegasi Indonesia terdiri daripada bekas naib presiden Try Sutrisno (pengerusi) Ali Alatas (bekas menteri luar), Quraish Shihab (bekas menteri agama), Des Alwi Abubakar (sejarawan), Musni Umar (professor di Universiti Indonesia), Maria Purenti Sri Suniarti (profesor di Universiti Indonesia), Wahyuni Bahar (Kamar Dagang Indonesia-KADIN).

Sementara EPG-Malaysia diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin (bekas panglima TDM), Dr Khoo Kay Kim (sejarawan), Tan Sri Abdul Halim Ali (bekas setiausaha negara), Tan Sri Amar Dr. Haji Hamid Bugo (bekas setiausaha Kerajaan Negeri Serawak), Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas (ketua pengarah IKIM) dan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (bekas Ketua Menteri Sabah).[5]

[6]

Rujukan

WikiPedia: Hubungan Indonesia–Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malindokini.wordpress.com/2008/07/09/malays... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/12/ri-ready-... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/13/msian-emb... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/7/8/ri-kl-agre... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/8/25/indonesia...